NILAI MURNI

Nilai Murni terdapat dalam Bahagian C Kertas Penulisan Bahasa Melayu.

Tip Menjawab Bahagian C

  1. Baca arahan dan fahami kehendak soalan.
  2. Baca petikan yang diberikan. Pilih empat nilai murni dalam petikan.
  3. Tulis hanya empat nilai murni beserta huraian yang lengkap mengikut teks.
  4. Pastikan hanya satu perenggan sahaja yang ditulis.
  5. Semak semula jawapan yang ditulis. Pastikan ayat-ayat tersebut lengkap dan gramatis.

Latihan 1
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

  Pagi-pagi lagi, Emak Namirah sudah ke kebun getah untuk menoreh getah. Dia bekerja keras untuk menambah pendapatan keluarganya. Namirah pula sudah menyediakan sarapan untuk adik-adiknya sebelum mereka pergi ke sekolah. Walaupun kehidupan Namirah susah, dia tetap melaksanakan tugas terhadap adik-adiknya. Adik-adiknya pula patuh kepada arahannya. Namirah berpesan supaya adik-adiknya rajin belajar. Menurut Namirah, hanya pelajaran dapat membela nasib keluarga mereka pada masa yang akan datang. Setelah adik-adiknya pergi ke sekolah, Namirah memberi datuknya yang terlantar sakit itu makan ubat. Kemudian, Namirah mengemas rumah dan memasak makanan tengah hari untuk keluarganya.

 

7 comments:

  1. Jawapan : rajin bekerja, bertanggungjawab, mendengar nasihat, cekal.
    (Jawapan lain yang munasabah boleh diterima)

    ReplyDelete
  2. Bolehkah cikgu tunjukkan senarai nilai murni pada blog ini? Amat diperlukan oleh anak saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama. Sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  4. Bolehkah cikgu bagi lebih banyak latihan lagi?

    ReplyDelete